Travelog Isu Semasa Tradisi Home

Tuesday, 25 October 2016

BBK3410 : Isu Semasa;Tragedi Kebakaran

Bismillah :)

Alhamdulilah dan salam sejahtera semua. Syukur ke hadrat Illah kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk bertaubat dan masih boleh menikmati segala nikmat yang dikurniakan hari ini. Apa yang ingin saya utarakan dalam entri kali ini merupakan sebuah tragedi bagi warga Johor. Saya masih terkesan dengan apa yang berlaku pada  25 Oktober 2016. Tajuk entri saya juga telah menjelaskan bahawa berlakunya kebakaran di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Menurut berita Awani;

"JOHOR BAHRU : Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8:56 pagi tadi. "Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali." katanya."

Berikut adalah antara sorotan mengenai tragedi ini,



Berita yang saya terima ini, memberi kesan kepada seluruh warga Johor dan tentunya saya sendiri. Terimbau kembali saat saya menjaga ibu di Hospital Sultan Ismail, Johor. 2 minggu saya bermalam disana menemani ibu yang sedang menjalani kemoterapi. Pada mulanya, saya tidak biasa dengan keadaan dan situasi di hospital itu. Kemudian, saya mengecas telefon bimbit di soket elektrik yang berdekatan dengan panel bekalan gas oksigen (Bed Head). Datang seorang jururawat yang bertugas memerhatikan saya sejurus itu menerpa dan menyuruh untuk mengecas dikawasan menunggu di luar wad. Ketika itu saya hanya turutkan sahaja. Tetapi untuk yang seterusnya, saya masih berdegil untuk mengecas di soket elektrik. Biarpun terdapat pelekat yang menyatakan "Dilarang Mengecas Telefon Bimbit". MaysaAllah.

Walaupun saya masih ragu akan punca sebenar tragedi HSA ini berlaku, namun ada menyatakan ianya adalah daripada seseorang yang mengecas telefon di soket elektrik tersebut malahan ada juga yang membuat spekulasi tentang gas meletop. Tetapi adalah lebih elok untuk saya mengambil langkah selamat dan sentiasa menjaga perilaku semasa dihospital. Inilah rasional mengapa jururawat itu tidak membenarkan saya mengecas di soket elektrik tersebut.

Ini merupakan soket elektrik yang hanya digunakan 
untuk panel bekalan gas oksigen dan mesin penyedut.

Namun, setelah berlakunya kejadian di HSA ini, saya tekad untuk tidak lagi mengecas di soket elektrik itu. Mujur dan Alhamdulilah, sewaktu itu, tidak berlaku sebarang masalah. Syukur. Allah memberi ujian kepada hamba-Nya pada bersebab. Saya harapkan ianya akan menjadi iktibar untuk kita semua. Amin.

Sekian,
Siti Kalsum :)


No comments:

Post a Comment