Travelog Isu Semasa Tradisi Home

Sunday, 23 October 2016

BBK3410 : Tarik Upih

Bismillah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.



Wah ! Upin dan Ipin pun main permainan tradisional ini. Gambar diatas cukup memberi gambaran apa yang bakal saya kongsikan untuk entri kali ini. Kali ini, saya ingin mengenengah satu permainan tradisional masyarakat Melayu. Tarik upih. Ya, pasti ramai yang tidak begitu sinonim dengan permainan ini.

Tarik upih ini merupakan permainan laman. Upih pinang adalah pelepah atau pangkal daun pokok pinang. Hanya pelepah yang tua sahaja digunakan, iaitu ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat menarik upih tersebut. Ia dimainkan oleh dua orang atau lebih bergantung kepada saiz upih. Salah seorang akan menjadi tukang tarik dan seorang lagi akan duduk diatas upih.

Kini, telah ada yang menganjurkan permainan tarik upih ini diperingkat sekolah ataupun di acara sukaneka. Hal ini demikian adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi baru agar terus mengenali permainan tradisional ini.



Terimbau kembali 15 tahun yang lepas, waktu petang pasti akan keluar bermain bersama rakan. Setiap petang, ada sahaja buah fikiran yang baharu yang akan dijadikan sebagai permainan. Oleh itu, ada seorang kawan saya yang membawa upih pinang. Kemudian, dia meminta kami yang perempuan naik beramai-ramai diatas upih tersebut, manakala yang lelaki menarik upih tersebut. Tiba-tiba, kami semua yang perempuan tergolek dan menangis kesakitan. Kerana waktu itu kami bermain di atas kawasan berpasir. Kawan yang lelaki hanya mentertawakan kami.

Itulah kenangan waktu kecil dahulu ketika bermain tarik upih. Namun begitu, saya tidak serik dan bermain semula bersama abang dan kakak saya di halaman rumah yang berumput.  Sungguh teruja dan amat mengasyikkan. Terima kasih abang dan kakak kerana memberi satu pengalaman yang indah mengenai tarik upih biarpun kini permainan tarik upih tidak popular seperti dahulu. Saya berharap agar permainan tradisional seperti ini tidak dilupakan, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Sekian,

Siti Kalsum :)

No comments:

Post a Comment