Bismillah :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam muafakat dan salam 1
Malaysia. Salam cinta khas buat anda yang sedang membaca. Terima kasih kerana
sudi meluangkan masa bersama saya.
Saya amat teruja apabila menulis blog ini. Pertama kali untuk saya
menulis dalam bentuk sebegini. Tidak saya bercita-cita untuk memiliki sebuah
diari bagi saya meluahkan segala yang terbuku dihati, tetapi dengan adanya blog
ini, dapat saya kongsikan sedikit sebanyak hal yang boleh kita bercerita
bersama buat tatapan semua.
Ya, nama diberi Siti Kalsum Binti Morati. Asalnya saya adalah dari
sebuah negeri yang begitu gah dengan bola sepaknya. Andai anda boleh meneka ?
Ya, JDT Johor Darul Takzim. Tidak asing lagi Johor dengan kemegahan bola
sepaknya bukan. Saya membesar di kawasan FELDA di Kluang. Terimbau segala
kenangan yang di lalui dahulu. Nostalgia lama yang begitu memberi impak dalam
hidup saya sehari-hari.
Kini, melangkah saya ke alam yang baharu, mengenali dunia yang
baharu. Impian yang saya kecapi kini membuahkan hasil. "Universiti Putra
Malaysia". Ingat kembali bait lagu
universiti ini sewaktu orentasi. Segala kenangan manis dan pahit saya lalui
akan saya kenang. Program Bacelor Komunikasi ini mula mengorak dan mencipta
satu lagi sejarah baru yang akan saya coretkan buat memori indah selamanya.
Apa yang saya miliki hari ini, bukanlah kekal buat selamanya. Ia
adalah sementara dan pinjaman Allah. Kita sebagai hambanya perlu mengikuti
segala suruhannya dan meninggalkan larangan-Nya. Amal Makruf Nahi Mungkar. Kita
didunia ini sebagai hambanya perlu berhati-hati dengan setiap langkah yang
diambil kerana di akhirat jugalah tempat yang abadi menanti kita.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah
permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara
kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan
yang tanam-tanamnya mengagumkan para petani: kemudian tanaman itu menjadi
kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat
(nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta
keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang
menipu." Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Hadid ayat ke-20.
Sekian,
Siti Kalsum :)
No comments:
Post a Comment