Travelog Isu Semasa Tradisi Home

Wednesday, 19 October 2016

BBK3410 : Kuih Tradisional Johor

Bismillah :)

Assamualaikum dan salam sejahtera. 

Bila bercerita mengenai makanan, apa sebenarnya yang menjadikan negeri Johor negeri kelahiran saya ini popular? Saya bagaikan tercari-cari apa yang patut saya pilih untuk dikongsikan bersama anda semua. Terlalu banyak perkara yang boleh saya kupas. Ya, kita semua sudah begitu intim dengan pelbagai juadah terutamanya pada bulan Ramadhan.

Terimbau kembali saat ibu bapa saya memulakan perniagaan secara sambilan pada bulan Ramadhan. Saat-saat indah itu masih lagi segar dan utuh di dalam ingatan saya. Riuh rendah suara peniaga-peniaga yang menggunakan cara terbaik agar dapat menarik perhatian pelanggan. Waktu itu, saya hanya memegang kayu yang hujungnya di ikat dengan plastik, tujuannya adalah untuk menghalau lalat. Ya, agak tradisional dan itulah langkah pertama untuk saya mula berjinak dalam bidang perniagaan. Awalnya ibu saya melarang saya membantunya di kedai, namun hasil pujukan saya, akhirnya saya dapat juga berurus niaga dengan pelanggan. Alangkah gembiranya saya apabila dapat mengambil kuih yang diminta oleh pelanggan, dan memulangkan duit bakinya, dan kemudian berkata "Saya jual." Wah sungguh teruja saat itu. 

Mula dari situ, saya mula kenal dengan pelbagai jenis kuih yang disediakan sendiri hasil titik peluh ibu bapa saya. Antara yang menjadi perhatian saya ialah kuih seri muka ini. Hal ini kerana dengan warna hijau yang cantik dan namanya sendiri yang unik. Tertanya-tanya juga saya sewaktu kecil, adakah akan berseri wajah orang yang makannya? 

Oleh itu, saya berkongsi rahsia dalam pembuatan kuih seri muka ini. 

Bahan-Bahan:

Bahan untuk lapisan bawah
  • 250 gram beras pulut
  • 200 ml santan (sederhana pekat)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak
Bahan untuk lapisan atas
  • 60 gram tepung gandum*
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 70 gram gula pasir
  • 2 biji telur Gred A
  • 225 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
  • Pewarna hijau(optional)



Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan bawah
  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
  2. Toskan beras pulut seketika
  3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata
  4. Kukus selama 30 minit
  5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
  6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
Cara-cara untuk lapisan atas
  1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas
  2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
  3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
  4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
  5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap
  6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas.


Mudah bukan? Jadi, bolehlah anda mencuba resipi ini disamping dapat mengimbau memori ketika kecik-kecik dahulu. 




Sekian,
Siti Kalsum

No comments:

Post a Comment