Travelog Isu Semasa Tradisi Home

Sunday, 23 October 2016

BBK3410 : Budaya Masyarakat Jawa

Bismillah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulilah, berkesempatan lagi saya untuk menulis di sini.

Baiklah, untuk entri kali ini, saya ingin bercerita tentang kuda kepang. Disini saya ingin mempromosikan budaya daripada masyarakat Jawa. Saya berdarah campuran Jawa dan Melayu. Tarian kuda kepang ini amat sinonim dengan masyarakat Jawa. Hal ini demikian kerana, di kawasan perumahan saya iaitu di Felda Ulu Penggeli, Kluang masih lagi menggangap tarian ini sebagai suatu budaya yang harus dikekalkan.


Sedikit sejarah tarian kuda kepang ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu amat jelas pada pakaian para penari serta kuda-kuda. Kuda-kuda ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tidak berkaki. Ia dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Banyak juga alat-alat yang digunakan seperti cemati, alat muzik dan lain-lain. Kini, tarian kuda kepang ini sering di adakan sewaktu majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang, iaitu 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan 2 orang "Bomoh Pemulih".

Ingat lagi saya saat melihat tarian kuda kepang ini semasa majlis perkahwinan jiran sebelah rumah. Pada mulanya, saya agak takot kerana saya telah dimomok-momokkan dengan muka barongan yang amat mengerikan. Tambahan pula, tarian tersebut dilakukan pada waktu malam. Tetapi, saya lawan akan rasa takot saya. Saya ingin merasai sendiri pengalaman menyaksikan tarian kuda kepang itu.

Setelah 30 minit berlaku, tiada apa yang menakotkan berlaku. Hanya tarian biasa yang memegang kuda itu, dan pukulan cemati. Setelah itu, saya nampak akan kelibat Barongan. Kemudian, ada juga yang memakai topeng berbentuk monyet. Setelah itu, keluar juga seorang lagi yang berpakaian seperti wanita lengkap dengan hiasan solek dimuka. Wanita itu memegang sebakul gula-gula dan kemudian berpusing-pusing di bahagian penonton. Saya agak berasa takot dengan situasi tersebut apabila ternampak barongan tersebut ada yang memakan kaca dan memecahkan kelapa dengan menggunakan gigi sahaja. Setelah habis persembahan, barulah Bomoh Pemulih itu, memulihkan keadaan kepada normal.
Cemati yang digunakan semasa persembahan tarian.

Antara corak kuda.

Sebahagian daripada persembahan kuda kepang.

Bagi saya ianya amatlah menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Saya juga amat teruja dengan apa yang dipersembahankan pada malam itu. Jadi, saya tidak lagi berasa takot untuk menyaksikan tarian kuda kepang untuk kali kedua. Kerana pengalaman mematangkan kita.

Sekian,
Siti Kalsum :)

No comments:

Post a Comment