Travelog Isu Semasa Tradisi Home

Wednesday, 19 October 2016

BBK3410 : Seni Bakat Kreatif

Bismillah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam indah permai. Semoga hari ini membawa berkah untuk kita, dan jua hari-hari mendatang. Alhamdulilah, di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya waktu pertama kali saya menghadiri diri ke kelas Penglahiran Bakat Kreatif.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Adakah ianya perlu melukis kerana perkataan kreatif? Dan ianya tidak melukis. Sebenarnya subjek ini yang mengangkat bakat yang terpendam dalam diri saya. Siapa tahu saya boleh menghasilkan sebuah cerpen yang panjangnya 15 halaman bercetak. Cerpen ini adalah permulaan untuk saya menyertai Sayembara Menulis Cerpen 2016. Wah, saya juga tidak menyangka. Ianya amatlah memberangsangkan bagi diri seorang amatur ini. Hal ini kerana agak lama saya menyepikan diri dalam bidang penulisan ini. Dulu, saya merupakan bekas pelajar sastera dan disitulah saya mula berjinak dalam bidang penulisan. Ada juga platform untuk saya mengembangkan ilmu kesusasteraan saya. Minat sungguh saya dalam subjek ini.

Pertemuan pertama dengan Prof. Madya Dr.Kamariah Kamarudin adalah sesuatu yang amat menggembirakan, Raut wajahnya juga cukup menyenangkan hati. Pasti ada sahaja aktiviti dan kisah yang akan dikongsikan sewaktu kelasnya. Sungguh teruja. Perkara yang masih segar di minda saya adalah saat beliau meminta kami sekelas untuk memulakan cerpen. Apa yang bakal saya rangkakan dalam cerpen ini? Tiba-tiba saya terlintas akan cerita yang pernah saya drafkan dahulu, cumanya belum siap ke pengakhiran sahaja. Almaklumlah, amatur. Jadi saya mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan. Setibanya giliran saya, kedepan dan membacakan sedikit dari cerpen saya itu. Mendapat komen dari beliau dimana, cerpen yang bakal saya teruskan itu akan mempunyai konflik, dan pujian bagus saya terima. Alhamdulilah, makin bersemangat saya dalam menempuh bahtera sastera ini. Disini, ingin saya kongsikan sebaris dua dari cerpen saya;

          “Perempuan jalang!” Pekikkan itu masih utuh dalam benak ingatanku. Masih lagi perkara ini menghantui setiap gerak perilaku aku. Apa silap aku sampai dihukum begini rupa? Salahkah aku?...”

Saat yang paling bahagia dalam hidup ini adalah sewaktu berjumpa dengan seorang penulis terkenal dan banyak memenangi anugerah sastera iaitu, Prof. Madya Dr. Mawar Safei. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pertemuan yang memberi impak dalam diri saya agar terus melayari bidang penulisan ini. Beliau tidak lokek dalam berkongsi ilmu. Ya, setiap apa persoalan yang diajukan akan dijawab dengan begitu baik sekali. Dan pastinya ada input yang disampaikan. Ingat lagi saya dengan kata-katanya;
“Tips untuk menghasilkan karya yang cantik, pertama adalah dengan membaca, kedua membaca, dan ketiga membaca.”

Pertemuan ini adalah kerana tugasan yang diberikan oleh pensyarah Penglahiran Bakat Kreatif saya, yang memerlukan kerja lapangan secara berkumpulan untuk menemurah seorang nama besar dalam bidang sastera ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya kerana memberi peluang yang luas untuk kami menimba ilmu yang segar dan akhirnya memberikan saya inspirasi yang baharu.

Inilah saat saya bergambar dengan 
buku hasil dari pemberiaan Dr. Mawar.

Berbaju cokelet itulah Dr. Mawar Safei, bersama ahli kumpulan saya.



Jadi, harapan saya dalam subjek Penglahiran Bakat Kreatif ini adalah agar saya dapat meluaskan lagi bakat penulisan saya ini ke satu arah yang lebih besar. Saya berharap agar saya boleh menjadi seperti Dr. Kamariah dan juga Dr. Mawar yang telah banyak memenangi hadiah sastera yang besar. Amatlah terasa diri ini kerdil untuk menjadi seperti mereka, namun impian ini akan saya semai dari sekarang. Tiada yang mustahil dalam diri ini. Hanya berbekalkan ilmu dan semangat juang yang tinggi yang sentiasa menjadi peneman diri. In Shaa Allah, Amin.

Sekian,
Siti Kalsum :)

No comments:

Post a Comment