Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Diharap semuanya diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin. Baiklah, untuk entri kali ini saya akan membincangkan tentang pandangan terhadap dunia kesusasteraan Melayu muktahir.
Pasti ada yang tertanya. Apa sebenarnya yang dikatakan dengan kesusasteraan?
- Menurut Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal.2 menyatakan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata, susastera (Bahasa Sanskrit) + ke-an (kesusasteraan).
- Su (indah, baik, lebih bermakna)
- Sastera (huruf atau buku)
- Susastera + ke-an (kesusasteraan) : Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Bercerita tentang kesusasteraan Melayu, saya terimbau kenangan semasa STPM. Saya mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) dan Pendidikan Seni Visual selain daripada 2 subjek yang wajib di ambil iaitu Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Ketika saya mempelajari KMK saya perlu membeli dua buah buku yang iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dan Saudagar Besar Dari Kulala Lumpur. Saya agak terkesima saat mula membelek buku itu, kerana didapati bahasa yang digunakan agak klasik dan ada perkataan yang tidak saya fahami. Disitu membuatkan saya lebih ingin mengetahui apa sebenarnya yang ingin diketengahkan dalam buku itu.
Disini, saya ingin mengkhususkan tentang buku Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (SBDKL). Apa yang menarik? Banyak yang menarik sebenarnya. Walaupun sudah hampir 2 tahun saya meninggalkan kisah ini, namun ianya masih mekar dalam ingatan saya. Sedikit perkongsian nilai kemanusiaan yang saya perolehi daripada SBDKL, antaranya ialah:
- Nilai pemurah
- Nilai simpati dan belas kasihan
- Nilai menghormati orang tua
- Nilai kerjasama
- Masyarakat yang penyayang
- Nilai keagamaan dan moral
Sesungguhnya, ingin saya tekankan disini bahawa dengan wujudnya kesusasteraan Melayu ini, dapat kita menguatkan nilai yang boleh diterapkan dalam diri menerusi karya sastera yang dibaca. Penting untuk kita mempelajari ilmu yang baharu. Jangan kita alpa akan kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana, pembaca akan dapat menimba pengamalan meskipun tidak mengalaminya sendiri. Seperti dalam SBDKL, dengan adanya nilai yang dinyatakan pembaca pastinya akan mengambil input tersebut.
Kesimpulannya, pembacaan karya sastera ini bukanlah satu perkara yang membosankan sebaliknya ianya adalah satu perkara yang memberi banyak faedah dan ilmu yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Kerana Saidina Abu Bakar pernah berkata : Terdengar Saidina Abu Bakar akan ucapan Nabi Muhammad: Barangsiapa yang menuntut walau satu bab ilmu sahaja pun, nescaya Allah menjanjikannya sehelai selendang kemuliaan.
Jadi, marilah kita sama-sama memajukan dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Sekian,
Siti Kalsum :)